Ayat dari Al-Quran


Al-Baqarah البقرة Aya 144:
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.


 Dengarkan      Dengarkan

Lihat tafsiran Jalalin, al-Qurtubi, dan Ibn Kathir untuk ayat ini dalam bahasa Arab

Sistem Informasi Geografis Ashabakah (GIS): Indonesia dengan 389,767 lokasi   Sistem Maklumat Geografi Ashabakah (GIS): Malaysia dengan 69,267 lokasi